leopard iklan

Tuesday 25 February 2014

Pelangi Cintaku



          Pagi yang indah. Seindah matahari yang sedang terbit menerangi bumi. Sedikit-sedikit, cahaya terang mula mewarnai segenap ruang di bumi nan bahagia ini. Zaraa Sufiah Hamidi sekadar merenung bukit bukau yang terhidang indah di hadapan matanya.
‘Tenang sungguh alam ini’ bisiknya, mengagumi kejadian ciptaan yang Maha Esa.  Air sungai mengalir perlahan, bagai mengizinkan Zaraa untuk menatap setiap inci aliran sungai yang sedang mengalir.  Zaraa tenang. Cuba melupakan segala perkara yang pernah menyesakkan jiwanya. Segala yang menyebabkan dirinya ke mari. Kembali ke kampungnya, Kampung Sungai Hulu Tamu. Sebuah kawasan yang agak jauh dari bandar besar. Zaraa menarik nafas panjang. Dipejamkan matanya. Hanya wujud bayangan Raffi yang sentiasa mengganggu mimpi indahnya. Mengapa harus Raffi? Persoalan yang tiada titik jawapannya.
‘Zaraaa...’ sayup suara kedengaran. Suara Mek Salmah yang sedang memanggilnya.  Melenyapkan lamunan yang baru bermula. Zaraa tersedar, pagi mulai meninggi namun dia masih belum menyediakan sarapan untuknya dan Mek Salmah. Lantas kakinya mula mengatur langkah, menuju ke pondok usang tempatnya dan Mek Salmah tinggal. Pondok yang dianggap rumah bagi Mek Salmah. Hampir dua minggu dia tinggal disitu, meninggalkan kehidupan moden yang hanya menyesakkan fikiran. Juga meninggalkan Raffi. Yang pasti, dia tidak meninggalkan Raffi sendirian!
                  

‘BAHAGIAKAH aku? Ya, aku sedang berbahagia. Aku sedang meniti suatu alam yang baru. Mengapa harus aku persoalkan?’ Tiada jawapan. Raffi sekadar berbasa-basi. Menuntut sebuah jawapan yang tiada kepastian. Dia tidak pasti. Jiwanya untuk siapa. Adakah untuk seorang wanita yang telah sah menjadi isterinya atau untuk teman yang dirindu tiap pagi dan petang? Kacau!
‘Mana boleh macam ini?’ bisik hatinya. Ruang kamar itu sunyi. Dipandangnya foto pengantin yang tergantung di suatu sudut kamarnya. Gambar dirinya dan Shiela, isterinya. Dia bangun dan menuju ke foto tersebut, lebih jelas. Shiela kelihatan mesra dalam dakapannya. Nyata yang dia juga mesra. Raffi tahu, cintanya untuk Shiela. Jiwanya tiba-tiba sesak. Di rumah itu, hanya dirinya sendirian. Kebetulan isterinya ditugaskan pada shift malam. Tinggal Raffi sendirian. Tiada teman. Dipandang telefon bimbitnya, lalu dicapai. Nama Zaraa dicari. Kemudian, dia menekan punat hijau. Masih tiada jawapan. Raffi bengang. Zaraa masih tidak dapat dihubungi. Dimana Zaraa menghilang? Tiada jawapan pasti.


”HARI-HARI, kalau tak bertekak kau dua orang tak boleh ke? Karang nanti ada yang tunang dengan orang lain, kahwin dengan orang lain!”Jerit Abang Usop, tepat di pendengaran lelaki itu. Raffi yang mendengar sekadar tersenyum. Gadis itu pula menjuihkan bibir tanda tak setuju.
“Abang Usop, kita tak ingin lah kahwin dengan lelaki macam dia tu!” Pekik Zaraa.
“Dia tu chubby sape yang suka dekat dia, tunang dia je selera!”Sambung Zaraa sambil ketawa terbahak-bahak. Dilihatnya Raffi sekadar mendiamkan diri.
 ‘Tak inginlah aku nak kahwin dengan dia, baik aku pilih orang lain, ramai lagi yang nak dengan aku!’ bisik Zaraa sendirian. Tanpa sedar, bibirnya tersenyum-senyum.
“Hoi perempuan, kau tu ada ke yang nak?” Pekik lelaki itu, tepat di pendengaran Zaraa. Suasana di office store itu menjadi riuh rendah dengan gelagat Zaraa dan Raffi. Ramai yang sedia maklum, mereka bagaikan anjing dan kucing yang tak boleh bertemu, pasti ada saja hal yang menjadi bahan pertelagahan. Abang usop selaku Pengurus Logistik sekadar mampu melihat pertelagahan antara kedua-dua anak buahnya.
‘Nak buat macam mana?’ bisik Abang Usop.
         

“HAI, hari first ke?” Tanya lelaki itu. Senyuman manis terukir di bibir lelaki itu. Wajahnya yang sedikit tembam membuatkan senyumannya agak cute. Diamati wajah itu. Zaraa seperti pernah melihat wajah itu.
 “Kenapa tengok muka saya?” Tanya Raffi kehairanan. Diamati wajah gadis yang duduk menghadapnya. Eh, macam pernah nampak.
 “Sorry, saya tak sengaja nak tengok muka awak, tapi saya macam pernah nampak awak, tapi saya tak ingat kat mana. Tak pelah, mungkin silap orang.” Jelas gadis itu panjang lebar. Bimbang disalah erti.
“Ha, yelah. Saya pon macam pernah nampak muka awak, kat mana yer?” terang Raffi. Raut wajahnya seperti sedang memikir-mikir sesuatu.
Student Sekolah Menengah Parit Sulong, ke?” Tanya gadis itu yakin.
“Ya, saya student situ.” Jelas Raffi. Demi melihat reaksi gadis itu, jelaslah mereka berdua dari sekolah yang sama. Seperti teman yang telah lama berpisah, mereka berdua kelihatan mesra berbual-bual bersama. Hanya selepas seorang HR Officer masuk ke dalam bilik meeting itu, keduanya senyap. Sesi orientasi pun bermula.

ZARAA menarik nafas panjang. Dia masih gagal untuk mengawal emosi. Raffi masih lagi tersemat di ingatan. Perkenalan pertamanya dengan Raffi sengaja diingat. Untuk apa dia sendiri kurang pasti. Dia mengetahui Raffi telah bertunang semenjak hari pertama mereka bertemu. Waktu itu, Raffi memberitahu bahawa dirinya telah bertunang, dan ramai yang menganggap bahawa dialah tunangan Raffi. Dia hanya membiarkan tafsiran orang. Hingga pada suatu tahap, dia sudah tak mampu membohongi sesiapa. Dia memaksa Raffi untuk menceritakan perkara yang sebenar. Bermula dari situ, mereka mula bertelagah, bertegang urat walaupun sekadar bergurau. Zaraa tak ambil hati tentang semua itu. Dia juga kurang pasti apa yang menyebabkan hubungan baiknya dengan Raffi menjadi dingin.
Bunyi hujan rintik-rintik menyedarkan Zaraa dari lamunan. Dipandangnya atap pondok itu. Kelihatan usang, tapi masih mampu meneduhkan seluruh isi pondok dari dibasahi hujan. Matanya meliar mencari kelibat Mek Salmah. Tidak kelihatan. Dia bangun dan mencari kelibat Mek Salmah di luar kalau-kalau Mek Salmah ada keluar. Tiada. ‘Eh, mana pula orang tua ni?’ tanya hati kecilnya. Hujan semakin lebat. Zaraa semakin dilanda resah. Kakinya diatur menuju ke halaman pondok usang. Pakaiannya kian basah dek disirami hujan. Masih tidak kelihatan kelibat Mek Salmah. Zaraa melaung-laung memanggil nama Mek Salmah. Dia resah. Kemudian, kakinya dihayun laju menuju ke sungai yang berada beberapa meter dari kawasan rumahnya. Zaraa kesejukan, badannya mulai menggigil. Dia harus meneruskan perjalanan untuk mencari Mek Salmah. Dia sudah menganggap orang tua itu sebagai neneknya, maka dia juga harus menghargai dan melindungi Mek Salmah.
Dari kejauhan, dia melihat kelibat sebuah kumpulan dengan beberapa orang lelaki dan perempuan sedang berteduh di pondok yang dibina menggunakan kanvas. Kesemua mereka kelihatan sedang membakar ikan, mungkin untuk santapan tengahari. Juga terdapat beberapa khemah yang didirikan berhampiran kawasan itu. Agak jauh dari kawasan itu, beberapa kereta pacuan empat roda di parkirkan.
‘Perkhemahan apa ni kat sini?’ tanya Zaraa sendirian. Matanya meliar mencari-cari kelibat Mek Salmah. Demi melihat tiada kelibat Mek Salmah, Zaraa dilanda risau. Dia segera mengatur langkah. Dia harus mencari Mek Salmah. Pakaiannya habis basah kuyup, dia juga kesejukan. Sejurus kaki dihayun, sayup-sayup suara Mek Salmah dari arah kumpulan itu kedengaran.
”Zaraa, Zaraa maghi sini nak oiii!” jerit Mek Salmah kuat. Kelihatan beberapa mata juga tertumpu padanya. Lega hati Zaraa bukan kepalang demi melihat Mek Salmah. Kemudian Zaraa berlari anak ke tempat Mek Salmah. Dipandangnya beberapa orang lelaki dan perempuan yang berada disitu. Dari pandangan mata Zaraa, semua lelaki yang berada di pondok kanvas itu, mungkin sudah berkahwin. Mek Salmah memperkenalkan Zaraa pada kumpulan itu. Mereka sekadar terangguk-angguk.
Di suatu sudut, seorang lelaki sedang ligat memerhatikan Zaraa dari atas hingga bawah!
‘Cantiknya’, bisik lelaki itu nakal.


5 BULAN berlalu. Bersisa seminggu sebelum majlis perkahwinan Raffi dan tunangnya, Shiela. Kad kahwin sudah dikirim. Raffi menjemput satu kilang termasuklah Zaraa. Sebelum kad di beri pada Zaraa, masih sempat lagi Raffi mengusik Zaraa. Zaraa malas melayani kerenah Raffi. Dia tahu, untuk apa diganggu bakal suami orang? Hinggalah pada suatu hari, hari yang tak akan Zaraa lupakan, hari yang….
          “Kau tunggu aku kat store rack A4, aku nak kau datang sekarang.” Raffi.
‘Heh, suka-suka dia nak bagi aku arahan. Apahal pula?’ omel Zaraa sendirian setelah dia menerima pesanan ringkas dari Raffi. Di hayun kaki ke tempat yang dipinta. Dilihat Raffi sedang duduk sendirian di sebuah bangku kosong.Wajah Raffi ditoleh sekilas. Serius benar! Zaraa lantas duduk bersebelahan Raffi. Sekadar menanti kata-kata Raffi. Malas nak bertekak.
          “Raa, lagi berapa hari je lagi aku dah nak kahwin. Aku harap kau tak sedih. Aku tak tahu kau boleh tak terima kenyataan ni,” ucap Raffi perlahan. Bagai nak melompat Zaraa, terkejut dengan kata-kata Raffi.
‘Apa kena Raffi ni?’ soal Zaraa dalam hati.
          “Aku tahu, kita ada simpan perasaan sesama kita kan? Aku tahu Raa, aku pon sama Raa... aku... aku pon sukkkaa dengan kau...” sambung Raffi tersekat-sekat. Sekali lagi kata-kata itu mengejutkan tangkai hati Zaraa.
Sungguh Zaraa tak menyangka, Raffi juga sukakannya. Tapi untuk apa? Selama ni, selama mereka bergaduh, bertekak, memang mereka saling menyukai? Tapi…
          “Raa, aku minta maaf, aku tak dapat nak teruskan apa yang kita rasa ni Raa, aku memang tak dapat Raa, aku akan berkahwin. Tapi jiwa aku untuk kau, Raa... kenapa kau tak wujud sebelum dia Raa? Kenapa?” luluh hati Zaraa sebaik mendengar ucapan itu. Raffi menarik nafas panjang, cuba mengumpul kekuatan dalam dirinya. Belum sempat Raffi bersuara, Zaraa memintas.
 “Fie, aku rasa kau tak payah cakap lagi. Apa yang aku rasa tak sama dengan apa yang kau rasa, jadi kau jangan pandai-pandai. Aku doakan kau bahagia dengan bakal isteri kau nanti. Oke?” luah Zaraa. Puas.
‘Puas ke hati aku? Puas lepas aku dengar apa yang dia cakap? Puas lepas ni dia dah kahwin? Lepas tu aku jadi apa? Dia cakap pada aku untuk apa? Lukakan hati aku?’ Zaraa berteori sendirian, sambil langkah kakinya di hayun entah kemana. Air mata yang di tahan, jatuh jua satu persatu membasahi pipinya yang mulus. Dia tahu, dia tak kuat. Dia tak kuat untuk berhadapan dengan situasi tadi. Mindanya sesak. Raffi berterus terang tentang perasaan padanya. Pada waktu dia mahu berkahwin dengan perempuan lain. Bukan dengan dirinya. Tapi untuk apa?
Teeeeetttt!!!!
Loceng berbunyi, menandakan waktu rehat tengahari. Dimana dia mahu sembunyikan wajahnya yang penuh kesedihan? Penuh dengan air mata? Lantas dia berlari mendapatkan beg tangannya yang diletakkan di atas meja store office sebelum dia berlari keluar dari kawasan kilang itu. Jiwanya sesak, air matanya tumpah lagi. Zulaiqa memandang kelakuan ganjil Zaraa dengan seribu pertanyaan. Sebaik kemudian, telefon bimbitnya menerima satu pesanan.
          “Sorry Iqa, I had an emergency. Sorry, we can’t to have a lunch together. I miss u.”
Sebaik pesanan dibaca, barulah Zulaiqa mengerti temannya menghadapi kecemasan yang menyebabkannya agak tergopoh-gapah tadi.
          “It’s okay. By the way, just care your drive. Surely miss u too.”
Teet. Mesej dihantar. Harap-harap pandailah si Zaraa berhati-hati. Risau hati Zulaiqa dengan tingkah Zaraa.
‘Hai, makan kat warung sorang la jawabnya.’omel Zulaiqa dalam hati. Kakinya dihayun menuju warung yang terletak dihadapan kilangnya. Sebaik tiba di warung, dilihatnya Raffi memandangnya penuh kehairanan.
 “Ina, mana Raa?”Tanya Raffi, bernada risau.
“Raa dah balik, she having an emergency. She’s not told u before?” jawab Zulaiqa, berbunyi pertanyaan. Masakan Raa belum beritahu Raffi?
‘Balik’? Raffi terpempan.


 “CONGRATULATIONS to both of u, I wish u’ll be a great husband and father in the world. Do wish us okay?” ucap Zulaiqa, mendoakan kesejahteraan pasangan pengantin baru. Raffi sekadar tersenyum sinis pada Zulaiqa.
Majlis yang berlangsung pada hari ahad itu dihadiri teman-teman rapat serta saudara mara Raffi dan Shiela. Riuh-rendah dengan berbagai ragam tetamu yang hadir.  Berhampiran dengan khemah karaoke, dilihatnya maintenance kilang tempat Zaraa bekerja, Shukri dan isterinya sedang dalam perjalanan ke majlis itu. Cemburu mulai bersarang dibenaknya.
‘Masing-masing semua berpasangan, dirinya saja yang keseorangan’ nalurinya berkata. Pada mulanya, berat hati Zaraa untuk menghadiri majlis tersebut, tapi atas desakan Zulaiqa, dia terpaksa akur. Raffi kelihatan segak, berbaju biru muda lengkap bertanjak. Shiela juga anggun dengan persalinan biru muda berkain songket. Selesai Zulaiqa bersalaman dengan pengantin, kini tiba gilirannya. Jantungnya berdegup semakin kencang, gemuruh.
Rilex la hatiku oii, jangan nak gabra sangat.’pujuk hati kecil Zaraa. Raffi memandangnya tanpa kerlipan. Zaraa sekadar menghulurkan tangan dan bibirnya mengucapkan kata tahniah. Seketika kemudian, dia menghulur tangan untuk bersalaman dengan Shiela, gadis itu menyambut mesra huluran tangannya. Juga sekadar mengucapkan tahniah.
Zaraa tak betah berlama-lama di situ. Dia menghayunkan kaki untuk pulang. Belum sempat kaki di hayun, jemarinya terasa panas di genggam seseorang. Zaraa terkejut, dia berpaling. Raffi? Raffi sekadar tersenyum, tangan kanannya menghulur sesuatu padanya. Zaraa memandang, seketika kemudian barulah Raffi melepaskan tangannya. Bungkusan berisi bunga telur itu disambut kasar oleh Zaraa. Kemudian, gadis itu segera berlalu pergi meninggalkan Zulaiqa yang hilang entah ke mana. Raffi sekadar menghantar pemergian Zaraa dengan anak matanya.
‘Ini kali terakhir kita berjumpa Raffi!!’ jerit Zaraa, namun hanya tersekat dikerongkongnya.


I DON’T know okay. Don’t ask me! We’re not facing a problem before. We’re okay, don’t blame me okay!” luah Zulaiqa ketika ditanya oleh Abang Usop selaku penyiasat persendirian untuk mencari punca Zaraa meletakkan notis perletakan jawatan 24 jam.
Zulaiqa juga bingung, kenapa Zaraa bertindak sedemikian. Kali terakhir dia bertemu dengan Zaraa, ketika majlis perkahwinan Raffi. Itu pun, dia tak pulang bersama. Entah ke mana Zaraa lepas tu, dia pun tak tahu. Dia ada maklumkan pada Zaraa yang dia hendak ke tandas sebentar, sedar-sedar Raffi beritahu pada dia yang Zaraa dah balik!
‘Hem, apa kena ntah budak Raa nie! Whatever! ’Omel Zulaiqa sendirian. Memang Zulaiqa terkenal dengan sikap suka mengomel, dan suka cakap mat saleh. Sikapnya itulah yang menyebabkan Zaraa suka berkawan dengan Zulaiqa. Bagi Zulaiqa, Zaraa teman yang jujur dan baik, meskipun kadang kala menjengkelkan!


“MEK, lain kali Mek jangan lah buat Raa takut macam tadi. Raa puas cari Mek tau. Kalau apa-apa jadi kat Mek macam mana? Raa jugak yang risau, Raa juga yang tak ada kawan nanti...” marah Zaraa manja pada Mek Salmah. Memang dia marah. Marah sebab Mek Salmah keluar langsung tak beritahu dia. Risau kalau apa-apa terjadi kat Mek Salmah.
“Tak ade apa ler Raa, aku pandei jage diri, laghipon aku ni dah tua, tak ngape la...” balas Mek Salmah dengan loghat peraknya.
‘Buat apa nak dirisaunya? Memang aku dah tua. Cuma aku risaukan kau je Raa. Siapa nak jaga kau kalau apa-apa jadi kat aku? Dulu ya lah, kau duduk dengan mak ayah kau. Tapi sekarang diaorang semua dah tak ada.’ Risau sungguh nada Mek Salmah. Dia sayangkan Raa. Bertahun mereka berpisah, tapi kini dia dapat menjaga Raa semula. Itu pun selepas kedua orang tua Zaraa meninggal dunia. Lagipun, Zaraa yang datang ke rumahnya. Bukan dia yang pinta. Hati tua Mek Salmah juga risau, siapa yang akan menjaga Raa bila dia sudah tiada kelak?
Di pandangnya wajah Zaraa. Dia tahu gadis itu membawa hati yang lara, membawa jiwa yang luka. Dua minggu yang lalu, ketika dia sedang meyusun kayu-kayu bakar, dia mendengar suara seseorang memberi salam. Tatkala itu, Zaraa datang dan memeluknya dari belakang. Bagai sedang melepaskan satu keluhan yang maha berat. Dilihat juga cucu angkatnya itu sudah kurus. Berbeza dengan penampilannya sebelum ini. Selepas itu, setiap pagi dilihatnya Zaraa sering kali mengelamun di kawasan berhampiran sungai. Berat benar lara hatinya.
“Mek, dah tak hujan ni. Raa nak pergi tangkap ikan la Mek, boleh tak?” Ucap Zaraa mematikan lamunan Mek Salmah.
“Pergilah, kat hulu sungai banyak sikit ikan. Hati-hati ya, apa-apa kamu jerit jer.” Nasihat Mek Salmah.
“Jangan pergi jauh-jauh pulak”, sambung Mek Salmah. Hampir 2 minggu Zaraa tinggal dirumahnya, bermacam-macam perkara yang Zaraa sudah pandai lakukan. Maklumlah, tinggal di dalam hutan memang begini. Lantas Zaraa bangun dan menyediakan beberapa kelengkapan sebelum mengucup pipi Mek Salmah dan berlalu pergi. Mek Salmah hanya memandang kepergian Zaraa dengan anak matanya.


‘MAK oii! Sejuknya air sungai ni, kalau hari-hari mandi macam ni, sihat aku ni.’ Omel Zahri  sendirian. Hanya ada dia disitu. Dia sengaja memilih tempat yang jauh dari teman-temannya supaya dia selesa. Maklumlah temannya semua berpasangan, hanya dia sendirian. Batu-batu sungai yang melindungi kawasan itu juga merupakan sebab utama Zariel memilih kawasan itu. Satu persatu pakaiannya ditanggalkan. Di perhati sekeliling, tiada sesiapa. Hanya tinggal seluar kecilnya yang membaluti tubuhnya. Zariel tersenyum malu. Dia membasuh mukanya dengan air sungai, kemudian dibasahkan rambutnya. Sesekali dia berpeluk tubuh kerana kesejukan. Akhirnya direndamkan badannya yang kotor di dalam air sungai itu.

“Sejuknya!” suaranya bergetar.

‘Mana ikan ni? Lepas hujan terus tak nak keluar ke? Nak menyorok kat mana? Aku cari kau sampai jumpa! Hahaha.’ Ketawa Zaraa sendirian. Walaupun dia keseorangan, dia seronok. Tiada siapa yang tahu apa yang dilakukannya. Paling penting, tiada siapa yang akan mempermainkan perasaannya. Ikan? Ikan mana pandai nak mainkan perasaan orang. Haha... dia terus berjalan, mencari-cari ikan sungai. Nama ikan dia langsung tak tahu, maklumlah baru dua minggu duduk dalam hutan. Mungkin kalau dah dua tahun, mungkin dia tahu lah. Dia tersenyum.

Di satu sudut yang lain, seorang lelaki masih lagi membersihkan badannya yang kotor dek terkena palitan tanah lumpur ekoran aktiviti redah hutan yang dilakukannya. Zaraa masih lagi mencari-cari. Beberapa meter kakinya dihayun, hampir menuju ke tempat lelaki itu mandi dan bersembunyi. Di tangannya sebuah batang besi lengkap dengan mata pisau yang digunakan untuk mencucuk ikan.  Tiba-tiba Zaraa menjerit 
“Argghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!”
Zariel terkejut! Dia segera bangun dari tempatnya dan berlari anak ke tempat gadis itu menjerit. Jarinya segera menutup mulut gadis itu dengan harapan gadis itu berhenti menjerit. Dia bimbang nanti temannya mendengar dan mengesyaki sesuatu yang tidak baik. Lagipun dia tak mahu Mek Salmah mendengarnya. Namun lain jadinya. Zaraa semakin kuat menjerit dan jari Zariel digigitnya.
” Ouch!”
“Hoi! Apa ni?” Tanya Zariel hairan sambil jarinya dikipas-kipas. Sakit.
 “Tu!” jawab Zaraa. Zaraa sekadar menjeling sebelum kedua-dua jemarinya diarahkan ke matanya dan ditutup. Zariel yang pada mulanya tidak mengerti, kini mengerti dengan isyarat tubuh gadis itu. Dia segera berlari untuk mendapatkan tuala dan ditutup sebahagian tubuhnya yang terdedah.
“Dah, buka mata tu. Tak ada apa pun. Macam tak pernah nampak lelaki bogel je.” Luah Zariel, bersahaja memancing emosi gadis itu. ‘Sakit jari aku kau gigit, gila perempuan ni!’ bisik Zariel.
 “Awak dah selalu nampak perempuan bogel ke?”Balas Zaraa. Sakit hatinya dengan lelaki itu. Nampak gaya macam gatal, miang. Tak boleh layan ni.
“Saya dah naik bosan tengok perempuan bogel, tadi pun saya ada nampak juga! Perempuan dalam hujan. Wow!” balas Zariel angkuh. Sengaja di bangkitkan perkataan ‘hujan’ kerana hanya gadis itu yang berada dalam hujan.
“Hah? Apa? Apa yang awak nampak? Pakai baju lagi kan? Bukannya bogel pun!” jawab Zaraa. Betul la, kalau lelaki ni nampak aku tadi, aku pakai baju kan? Aku bukan bogel pun. Dia ni entah siapa-siapa nak bogel depan aku plak. Eiiiiuuuu...
“Oh, pakai baju yer. Pakai baju putih, seluar putih dalam hujan, lepas tu baju basah, melekat baju dekat badan, tak sama ke dengan bogel?” Balas Zariel. Sengaja dia berkata begitu, kerana hakikatnya memang begitu! Baju berwarna putih, kalau basah kan nampak susuk badan. Tak pasal-pasal dia dapat tengok tayangan free dalam hutan!
“Hah?” Zaraa segan. Baru dia teringat. Baju dan seluar putih! Lepas tu hujan lebat, baju dia basah! Hah!? Patut la tadi ramai orang tengok-tengok dia. Malunya! Dipandang lelaki itu sekilas, kemudian dia mula mengatur langkah. Apa lagi cabut!
Zariel memandang pelik tingkah gadis itu. Wajah gadis itu merona kemerahan. Malu la tu? Sebaik gadis itu hendak melangkah, di gapainya tangan gadis itu. Terkejut gadis itu.
Sorry, saya tak sengaja pon nak tengok, saya minta maaf. Please,” rayu lelaki itu di hadapan Zaraa. Gayanya membuatkan Zaraa geli hati. Masakan tidak, sampai melutut bagai. Macam nak bagi cincin pula. Zaraa tersenyum. Mengiakan tidak, marah pun tidak. Dia terhibur dengan gelagat lelaki yang memperkenalkan diri sebagai Zahri  itu. Zaraa memandang sekeliling, sebuah pelangi indah mewarnai kawasan perbukitan nun jauh di sana. Bagai mengerti jiwanya yang kembali berwarna-warni. Pertemuan itu, pertemuan pertamanya yang membawa sinar kebahagiaan dalam hidupnya.

SETAHUN berlalu meninggalkan berbagai kisah antara mereka. Bagaimana seorang wanita yang mencintai seorang lelaki yang telah bergelar suami orang dipertemukan dengan seorang lelaki yang juga mendambakan cinta insan yang sudi. Gadis itu yang membawa diri jauh dari cintanya, bertemu dengan seorang lelaki yang juga sepertinya, mencintai alam bernama Zahri . Pertemuan pertama mereka tidak berakhir disitu apabila diciptanya pertemuan demi pertemuan. Dari rasa kasih sebagai teman disusuli dengan perasaan yang maha hebat antara keduanya apabila bibit-bibit cinta antara mereka mulai wujud bak bunga kembang yang sedang mekar di balik rimbunan hutan yang tebal. Perasaan yang indah itu di meterai dengan perjanjian untuk sehidup semati. Bermulalah kehidupan baru dalam hidupnya tanpa perlu mengharapkan cinta mereka yang tak sudi. Meski bagi diri Raffi, bukan niatnya menyakiti Zaraa. Semua itu hanyalah kenangan tatkala Nur Arieanna Zahri  terlahir di muka bumi ini.

Zahri, engkau insan terindah dalam hidupku... Takkan ku siakan cintamu walau sesaat pun sayang...
Zaraa, engkau berikan sinar yang menerangi malam-malamku yang suram, yang memberiku nafas baru disetiap hembusan yang semakin perlahan...
Nur Arieanna, hadirmu ibarat pelangi yang menerangi dan mewarnai hidup kita yang gundah ditimpa hujan semalaman…


Cetusan Jemari,
Na Rieana

ALL RIGHT RESERVED 

No comments: