leopard iklan

Sunday 16 February 2014

Tutorial DIY Pearl Handbouquet

Okay, sejak dua menjak ni perkara yang aku ‘spot on’ masa wedding ialah handbouquet.
Aku suka something yang nampak shine dan bergemerlapan masa majlis nanti.

Lepas aku duk blogwalking ternyata pearl handbouquet antara benda yang aku teruja untuk DIY.

Dan terima kasih kepada Nursaila Norman yang sudi berkongsi idea untuk buat tutorial handbouquet ni. Terima kasih ya.

Dan, aku plan untuk buat HB sendiri juga menggunakan pearl.


So here we go  .

Bahan-bahan yang diperlukan;-


Pearl.
-Aku memilih warna peach.


Dawai.
-Sila gunakan dawai yang tidak terlalu keras dan tidak terlalu lembut. Aku guna dawai size 28 / 26.


1. Lilit kan pearl pada dawai.





2. Setelah dah lilit semua pearl, ambil mangkuk bulat seperti dibawah.


3. kemudian masukkan pearl kedalam mangkuk bagi tujuan nak membulatkan pearl2 ni semua. 
 4. so dah membulat kan? nak cantik susun satu-satu supaya xada pearl yang bertimpa-timpa.


okay, dah siap membulat. boleh lah lilit dengan kain atau reben.


Tapiiiiiiiii disebabkan aku dah stress sebab pearl tak nampak macam merimbun sangat – mungkin kerana kuantiti pearl tu yang kurang – so aku bertindak dengan menambah beberapa brooch tudung pada kawasan tengah-tengah HB tersebut supaya nampak banyak sikit laaa kan.


Hasilnyaaaaaaa......


Okay, puas hati sangat. Dah boleh lilit dengan reben dah. 



Kita bersambung lagi dalam sesi merebenkan Pearl HB ni. Bye.  

3 comments:

Nursaila Norman said...

cantik! kita pun tak terfikir nak gunakan mangkuk sbg acuan..hehehe! update lah bila dah siap nnt ye :)

Unknown said...

@nursaila.. oh my god! thanks sudi jengan blog saya.. haha, sy rasa macam susah nak susun so sy guna magkuk je senang.. coming soon sy update yaaa

mamababa said...

ohsemm sis. kite pun nak DIY untuk wedding next year. heee. :D