leopard iklan

Tuesday 17 June 2014

Wedding Review : The Centerpiece

Hi,

Jujur disini yang aku tak tahu lah kalau blog picisan aku ini ada yang sudi jengah. Jika ada, terima kasih kerana google telah sesatkan anda hingga kesini,kahkah.

Okay seperti tajuk di atas, marilah kita bercerita tentang centerpiece DIY aku. Mudah gilaaa la buatnya. Sebenarnya centerpiece aku adalah sedikit ilham dari centerpiece blogger Norsaila Norman tapi malangnya aku x jmpe link dia. Maaflah ya Saila yang comel dan cute saya x jumpe link awak. Saya stalk je selalu blog awak.haha.




first try. Nampaknya tidak mendukacitakan.



Ok, ok ok direct to the point. Here we go.

Anda hanya perlukan;-

1.    Tin susu yang susunya dah dibuat air Nescafe, teh tarik @ milo. Pastikan dibasuh dan dikeringkan supaya takde semut bertelur didalamnya.
2.    Beberapa meter reben mengikut tema warna kesukaan anda.
3.    Bunga crepe paper yang dah dikembang2kan. Sila google cara buat bunga crepe.
4.    Lidi dengan siap sekali TQ taq. Sila DIY dan tampal kat lidi siap-siap.
5.    Batu & Gabus.   Batu tu letak dalam tin biar dia berat supaya tidak terbang ditiup angin sepoi-sepoi bahasa. Gabus pulak letak dalam  tin selepas anda letak batu tujuannya untuk cucuk lidi & bunga crepe.

Cara-cara ;-
           
1.    Lilit reben pada sekeliling tin. Terpulanglah nak lilit cam mano kaler pun. Janji lawo.
2.    Pastu letak batu dalam tin. Letak gabus.
3.    Cucuk bunga crepe keliling gabus. Biar sampai x nampak gabus putih.
4.    Kendian, cucuk lidi dekat middle of the centerpiece.
5.    Lepastu bawak tunjuk mak, mak kau kata tak okay sila buang dalam tong sampah.

haha lokasi penyimpanan. Tak strategic betol ek. 




Hasilnya;-
Siap.! Dapat tangkap ni je gambarnya. maklumlah pengantin bz kan.

Selain dapat menjimatkan berlakunya pembaziran ke atas bahan buangan, aku juga dapat mencantikkan meja tetamu yang datang wedding aku dengan hasil tangan aku sendiri yang kreatif. aku memang hadap orang puji aku 

"Rajinnya kau Yana!" sambil jerit teruja tak percaya T_T

haha. perahsantan!

k bye.

No comments: